SPC, SPP Serah Laporan Kerja untuk Dibahaskan

(CRI)Selasa 10 Mac 2026

Laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi (SPC) dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi (SPP) diserahkan kepada sidang keempat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 untuk dibahaskan pada Isnin.

Kedua-dua laporan itu memperlihatkan kesungguhan mahkamah dan jabatan pendakwa raya China dalam menjamin kesejahteraan rakyat menerusi usaha kehakiman.

Dimaklumkan, mahkamah di seluruh negara telah mengendalikan dan menyelesaikan lebih36 juta kes pada tahun 2025.

Sementara itu dalam tempoh sama, jabatan pendakwa raya mengendalikan lebih daripada 3.46 juta kes dan meratifikasikan proses penangkapan membabitkan 660,000 suspek jenayah.

Angka itu mencatatkan penurunan 11.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Laporan berkenaan menyebut bahawa keadaan keselamatan sosial di China terus bertambah baik, sekali gus meletakkan China sebagai antara negara yang paling selamat di dunia.

Video

Berita Berkaitan