Sidang Tahunan NPC Anjur Sesi Pleno kedua

(CRI)Selasa 10 Mac 2026

Sesi pleno kedua bagi sidang keempat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.

Sesi pleno itu turut dihadiri Presiden Xi Jinping serta barisan kepimpinan negara dan Parti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhao Leji ketika membentangkan laporan kerja berkata sepanjang tahun lalu, Jawatankuasa Tetap NPC memberi tumpuan kepada pembinaan sistem kedaulatan undang-undang sosialis bercirikan China yang lebih sempurna serta pembangunan modenisasi ala China.

Zhao berkata tahun 2026 merupakan permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.

Justeru Jawatankuasa Tetap NPC komited memperkasa demokrasi rakyat seluruh proses, menambah baik serta memastikan sistem NPC berfungsi dengan lebih efektif.

Sesi pleno itu turut mendengar dan membahaskan laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi (SPC) dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi (SPP).

Video

Berita Berkaitan