- Lain-lain
Jualan Bebas Cukai Barang Pengguna di Hainan Lebihi 5 Juta Yuan

Foto dron bertarikh 10 Januari 2026 ini menunjukkan pemandangan Bandar Bebas Cukai Antarabangsa Sanya di provinsi Hainan, selatan China. (Xinhua/Guo Cheng)
Sejak dasar “tarif sifar” ke atas barangan import untuk penduduk Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan berkuat kuasa sebulan lalu, jualan bebas cukai telah mencecah 5.37 juta yuan, perolehan daripada 28,000 kunjungan pelanggan antara 11 Februari hingga 10 Mac, menurut Kastam Haikou.
Dalam tempoh sebulan lalu, jenis barangan yang ditawarkan di kedai-kedai bebas cukai “tarif sifar” terus bertambah, dengan efektifnya memenuhi keperluan penduduk tempatan. Peniaga juga melancarkan pelbagai kempen promosi, menawarkan penjimatan yang lebih besar kepada penduduk pulau.
Kumpulan pertama kedai bebas cukai yang menjual barang harian dibuka pada 11 Februari di Haikou, Sanya dan Danzhou.
Penduduk yang layak termasuk warga China yang memegang kad pengenalan Hainan, permit tinggal atau kad keselamatan sosial setempat, serta kakitangan warga asing yang bekerja dan tinggal di Hainan dengan permit tinggal yang sah.
Dasar berkenaan meliputi barang keperluan harian termasuk makanan dan minuman tertentu, produk jagaan diri, barang rumah, serta keperluan ibu dan anak. Setiap penduduk yang layak diberikan kuota beli-belah bebas cukai sebanyak 10,000 yuan setahun, tanpa had kekerapan berbelanja.
- Lima Kedai Barangan Harian Bebas Cukai Dibuka kepada Penduduk Hainan
- Kawanan Dolfin Putih China Dilihat di Perairan Hainan
- Foto: Hainan Sambut Musim Perjalanan TBC Pertama Sejak Bermulanya Operasi Kastam Khas FTP
- Perniagaan Kopi Kampung Kembang Maju di Hainan
- Operasi Kastam Khas di FTP Hainan Bulan Pertama Memberangsangkan
- Sebulan Pelaksanaan Kastam Khas Hainan Buah Hasil
- Jualan Bebas Cukai di Hainan Melonjak pada Cuti Tahun Baharu
- China Teguh Orak Langkah ke Hadapan, Suntik Keyakinan Buat Dunia
- FTP Hainan akan Jadi Pintu Utama Keterbukaan Bertaraf Tinggi China - MFA
- Kumpulan Pertama Barangan Jalani Pelepasan Kastam Khas Hainan




