- Lain-lain
FTP Hainan akan Jadi Pintu Utama Keterbukaan Bertaraf Tinggi China - MFA

Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan diyakini akan menjadi pintu utama bagi keterbukaan bertaraf tinggi China kepada dunia luar.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian dalam sidang media pada Selasa, susulan operasi kastam khas seluruh pulau dilancarkan secara rasmi di FTP Hainan baru-baru ini.
Lin berkata berdepan ekonomi global yang semakin tidak menentu, China menunaikan komitmen terus memperluas keterbukaan menerusi tindakan praktikal, berdiri teguh menentang fahaman perlindungan, di samping menyumbang kepada pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.
Dari Januari hingga November 2025, sebanyak 60,000 syarikat baharu berasaskan pelaburan asing telah ditubuhkan di China, menokok 16.9 peratus dari tahun ke tahun.
Sementara itu, jumlah import dan eksport barangan menyaksikan peningkatan 3.6 peratus dengan mencatat lebih 41 trilion yuan (RM23.6 trilion).
Lin berkata daya tarikan pasaran China terus meningkat, sementara ketahanan dan kedinamikan perdagangan luar semakin terserlah susulan keterbukaan negara ini makin luas dan mendalam.
Ia akan menjana lebih banyak peluang pembangunan dan menyuntik momentum baharu untuk kemakmuran bersama global, tambah beliau.
- Kumpulan Pertama Barangan Jalani Pelepasan Kastam Khas Hainan
- Operasi Kastam Berkecuali di FTP Hainan Bawa Manfaat kepada Global
- Hainan Laksana Penutupan Kastam Seluruh Pulau, Pacu Perdagangan Serantau
- Hainan 101: Bagaimana FTP, Kastam Khas Baiki Hidup
- Hainan 101: Mengapa FTP, Kastam Khas Begitu Cekap?
- Hainan 101: Kenali FTP, Kastam Khas
- Hainan Jadi Zon Dagang Bebas 2025—Ini Yang Anda Perlu Tahu
- Pusat Angkasawan Bakal Dibina di Hainan pada 2026
- Sisik Ikan, Khazanah Berharga dari Laut Dalam
- Industri Pembaikan Pesawat Kini Bermula di FTP Hainan




