China Alu-alukan Persetujuan Gencatan Senjata Sementara Pakistan-Afghanistan

(CRI)Jumaat 20 Mac 2026

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa pihak China mengalu-alukan persetujuan gencatan senjata sementara antara Pakistan dengan Afghanistan, berharap kedua-dua negara dapat segera mengadakan semula rundingan damai, merealisasikan gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan secepat mungkin, menyelesaikan pertentangan dan perselisihan melalui dialog supaya bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan kedua-dua negara dan serantau.

Menurut laporan, Pakistan dan Afghanistan telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata sementara dari tengah malam 18 Mac hingga tengah malam 23 Mac semasa Hari Raya Aidilfitri atas permintaan negara-negara Islam termasuk Arab Saudi, Qatar dan Turkiye.

Video

Berita Berkaitan