Indonesia Kecam Serangan Menyasar Anggota Pengaman

(CRI)Rabu 01 April 2026

Indonesia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dua lagi anggota pengaman Indonesia di bawah misi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan terbunuh dalam insiden letupan yang berlaku di selatan Lubnan pada Isnin.

UNIFIL dalam satu kenyataan mengesahkan, kenderaan unit berkenaan musnah akibat letupan yang puncanya masih belum diketahui.

Letupan itu turut menyebabkan dua anggota pengaman lain cedera, termasuk seorang yang parah.

Video

Berita Berkaitan