China Seru Usaha Segera Redakan Konflik Lubnan-Israel

(CRI)Khamis 12 Mac 2026

China menyeru masyarakat antarabangsa supaya memperkukuh usaha perdamaian bagi meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan kestabilan rantau berkenaan.

Perkara itu disuarakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai konflik Lubnan-Israelpada Rabu.

Fu menegaskan bahawa China mengutuk sebarang serangan menyasar orang awam dan kakitangan diplomatik.

Pihak terlibat digesa menghentikan permusuhan serta memenuhikewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya undang-undang kemanusiaan.

Situasi di Asia Barat semakin tegang dan konflik Lubnan-Israel juga kembali memuncak, kata beliau sambil menambah bahawa konflik yang berterusan tidak akan membawa manfaat kepada mana-mana pihak.

Video

Berita Berkaitan