China Berjaya Lancar Satelit Internet Orbit Rendah Kumpulan ke-21

(CRI)Khamis 09 April 2026

China berjaya melancarkan satelit internet orbit rendah kumpulan ke-21 menggunakan roket pembawa Long March-6 yang diubah suai dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, provinsi Shanxi tepat pukul 3.38 awal pagi pada Khamis waktu Beijing.

Kumpulan satelit tersebut dilaporkan berjaya memasuki orbit mengikut jadual yang ditetapkan, sekali gus menandakan kejayaan misi pelancaran tersebut.

Ini merupakan misi ke-637 bagi roket pembawa siri Long March.

Video

Berita Berkaitan