Festival Filem Antarabangsa Beijing ke-16 Buka Tirai

(CRI)Jumaat 17 April 2026

Festival Filem Antarabangsa Beijing (BJIFF) edisi ke-16 membuka tirainya di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Tasik Yanqi Beijing pada Khamis.

BJIFF 2026 menarik penyertaan sebanyak 1,826 karya filem dari 139 negara dan wilayah untuk merebut Anugerah Tiantan, antaranya 88 peratus merupakan filem asing.

Naib Presiden Kumpulan Media China (CMG), Yu Junsheng dalam ucapannya pada majlis perasmian berkata CMG bersedia bekerjasama dengan pemain industri perfileman untuk meneroka pendekatan baharu integrasi dan ruang baharu pembangunan industri berkenaan.

Menurut beliau, karya filem dan televisyen harus dicipta berasaskan kepada perkembangan zaman supaya menjadikan cerita China dan kisah manusia sejagat lebih hidup dan menarik.

BJIFF 2026 dianjurkan bersama oleh CMG dan kerajaan tempatan bandar Beijing di bawah bimbingan Pentadbiran Perfileman China (CFA).

Video

Berita Berkaitan