- Lain-lain
Pengeluaran Industri Filem China Cecah RMB817 Bilion pada 2025
China muncul sebagai pasaran filem terbesar di dunia dengan nilai pengeluaran seluruh rantai industri filem mencatat RMB817.29 bilion (RM474.7bilion) pada tahun 2025.
Demikian menurut statistik Pentadbiran Filem China, pada Rabu.
Statistik itu dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor seperti bancian ekonomi kebangsaan kelima, perubahan bilangan perusahaan dalam industri filem, perubahan skala kutipan tiket, dan kesan limpahan rantaian industri.
Statistik itu juga menunjukkan, nilai pengeluaran teras industri filem menokok RMB226.6 bilion (RM131.7 bilion); nilai pengeluaran tidak langsung mencatat RMB251.5 bilion (RM146 bilion), manakala nilai pengeluaran kesan limpahan pula mencatat RMB339.1 bilion (RM197 bilion).
Perkembangan industri filem juga memacu pembangunan sosioekonomi, sementara ekonomi filem telah menjadi penggerak utama yang mendorong penaiktarafan penggunaan perkhidmatan, sekali gus bermanfaat bagi mempromosikan budaya China kepada negara luar.
- Kutipan Tiket 2025 Terbanyak dalam Sejarah Filem Animasi China
- Pasaran Perfileman China Kekal Prestasi Cemerlang
- Kutipan Tiket Filem Sempena Sambutan Tahun Baharu Cecah RMB2.5 Bilion
- Kutipan Filem China Cecah RMB48 Bilion Sejak Awal 2025
- Minggu Filem China 2025 Dilancar di Myanmar
- Kutipan Filem Semasa Cuti Hari Kebangsaan China Cecah RMB1.8 Bilion
- Pasaran Filem China Catat Kutipan Memberangsangkan
- Kutipan Filem Semasa Cuti Hari Kebangsaan Lepasi RMB1.6 Bilion
- Kutipan Filem Semasa Cuti Hari Kebangsaan Lepasi RMB1.2 Bilion
- Kutipan Filem 'Shenzhou-13' Cecah RMB45 juta




