Kutipan Tiket Filem China Cecah RMB10 Bilion, Mendahului Pasaran Global

(CRI)Isnin 02 Mac 2026

Setakat pukul 6.54 petang Ahad, jumlah kutipan tiket filem (termasuk jualan awal) di China sejak awal tahun 2026 mencecah RMB10 bilion (RM6.25 bilion).

Angka tersebut mengatasi pasaran filem di Amerika Utara dengan kelebihan RMB2.5 bilion, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai pasaran filem tunggal terbesar di dunia bagi tahun ini.

Sementara itu, seramai 225 juta penonton direkodkan dengan jumlah tayangan sebanyak 2,610 kali.

Video

Berita Berkaitan