- Lain-lain
Keajaiban Geologi Ubah Jadi Pertunjukan Cahaya, Bayang Imersif

Pelancong melawat Gua Huangxian di Gunung Dahong, bandar Zhongxiang, provinsi Hubei, tengah China. (People's Daily Online/Zhou Tian)
Pada 3 April, berduyun-duyun pelancong beratur masuk ke Gua Huangxian yang terletak jauh di dalam Gunung Dahong di bandar Zhongxiang, provinsi Hubei, tengah China.
Sebagai tarikan utama Kawasan Peranginan Gunung Dahong, Gua Huangxian merupakan rekod hidup sejarah geologi. Formasi batu kapur, landskap karst dan beraneka rupa stalaktit dapat dilihat di segenap pelosok gua, bersama-sama membentuk sebuah “muzium” geologi semula jadi dengan pelbagai ciri yang sangat menarik.
Difahamkan, Zhongxiang telah memperuntukkan berjuta-juta yuan untuk menaiktarafkan lokasi ini secara menyeluruh. Ini termasuk membina laluan pejalan kaki 80 meter tinggi, mengorek dan memulihkan laluan air dalam gua, menaiktarafkan kemudahan perkhidmatan pelawat, di samping menyediakan lebih daripada 200 tempat letak kereta yang mesra alam.
Sebuah sistem pencahayaan pintar turut diperkenalkan, memancarkan cahaya yang direka khas untuk menyuluh formasi dalam gua mengikut tekstur dan rupa, mengubah ciri geologi yang statik menjadi suatu pertunjukan cahaya dan bayang yang imersif dan dinamik.
Susulan penaiktarafan ini, Gua Huangxian menyaksikan ledakan pelawat pada cuti Tahun Baharu Cina (15 hingga 23 Februari), dengan bilangan pelancong dan kutipan hasil masing-masing melonjak 350 peratus dan 223 peratus tahun ke tahun.

Pelancong mengambil gambar di Gua Huangxian di Gunung Dahong, bandar Zhongxiang, provinsi Hubei, tengah China. (People's Daily Online/Zhou Tian)

Foto menunjukkan pemandangan yang indah dan mengagumkan di Gua Huangxian di Gunung Dahong, bandar Zhongxiang, provinsi Hubei, tengah China. (Foto/You Di)

Pelancong melawat Gua Huangxian di Gunung Dahong, bandar Zhongxiang, provinsi Hubei, tengah China. (People's Daily Online/Zhou Tian)

Pelancong melawat Gua Huangxian di Gunung Dahong, bandar Zhongxiang, provinsi Hubei, tengah China. (People's Daily Online/Zhou Tian)

Foto menunjukkan pemandangan yang indah dan mengagumkan di Gua Huangxian di Gunung Dahong, bandar Zhongxiang, provinsi Hubei, tengah China. (Foto/Zhou Tian)
- Kereta Terbang, Robot Manusia, Debut di Wuhan
- Bandar Tianmen Guna Platform E-dagang, Bina Jaringan Pakaian Global
- Kegemilangan Industri Firus di Kaunti Zhushan
- Kebun Teh di Hubei Berkembang Mekar, Jadi Destinasi Pelancong
- Songzi, Hubei: Getaran Gitar Gema Seluruh Dunia
- Petani Menuai Oren di Hubei
- Semaraknya Taici, Gunung Wudang Jadi Tarikan
- Hubei Perlu Jadi Pelopor Pembangunan Berkualiti YREB: Xi
- Xi Adakan Tinjauan di Hubei
- Pemandangan Musim Bunga Dasar Tasik Daye, Hubei




