- Lain-lain
Kegemilangan Industri Firus di Kaunti Zhushan
![]() |
Foto memperlihatkan bangunan bertemakan biru firus di kaunti Zhushan, bandar Shiyan, Provinsi Hubei di tengah China. (People’s Daily Online/Zhou Qianwen) |
“Jika anda mahu membeli firus yang berkualiti tinggi, ingat empat perkara kunci iaitu warna, kualiti, keaslian dan ketukangan,” ujar seorang penjual, Luo Guangyang dalam satu penstriman langsung di studionya di pekan Majiadu, kaunti Zhushan, bandar Shiyan, Provinsi Hubei, tengah China.
Terletak di jauh kawasan pergunungan barat laut Hubei, Zhushan telah memanfaatkan sumber firusnya yang kaya untuk melakar haluan pembangunan unik, seterusnya mendapat pengiktirafan dari serata China sebagai ‘hab firus China’.
Untuk rekod, kaunti tersebut merupakan pendahulu dalam simpanan luar biasa. 70 peratus daripada simpanan firus dunia didapati di China, 70 peratus daripadanya tertumpu di Zhushan.
Industri firus telah berkembang sebagai sektor utama dalam ekonomi Zhushan, sekali gus mendorong pertumbuhan tempatan sambil membuka peluang pekerjaan dan merancakkan pendapatan.
Kaunti itu membina rantai industri firus yang lengkap, dengan meliputi pengekstrakan batu mentah, rekaan dan pembangunan, ukiran dan pemprosesan, jualan pasaran, serta pelancongan kebudayaan. Lebih daripada 5,600 entiti pasaran firus aktif di Zhushan, menjana nilai output tahunan melangkaui RMB8 bilion (sekitar AS$1.12 bilion) dan memberikan pekerjaan buat lebih 70,000 individu.
Industri yang berkembang mekar itu secara tidak langsung turut memenuhi aspirasi penduduk tempatan untuk ‘bekerja dekat dengan rumah’.
“Bukan sahaja pendapatan saya meningkat, tetapi saya juga boleh mewariskan teknik ukiran kepada lebih ramai orang, dan dapat mengimbangi antara kerjaya dan keluarga,” kata Luo.
Wakil biro keselamatan sosial dan sumber manusia Zhushan berkata bahawa, bagi peranan berkemahiran tinggi seperti ukiran dan reka bentuk, pihaknya bekerjasama dengan perusahaan dan kolej vokasional untuk menawarkan latihan ‘bersasar’ dan ‘berpandukan pesanan’, mengubah petani kepada pekerja mahir dan individu baharu menjadi pakar.
Setakat ini, kaunti tersebut telah memupuk lebih daripada 8,000 pakar pemprosesan dan ukiran firus dan lebih daripada 17,000 penjual, dengan pendapatan tahunan purata mencapai sekitar RMB100,000.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Kebun Teh di Hubei Berkembang Mekar, Jadi Destinasi Pelancong
- Songzi, Hubei: Getaran Gitar Gema Seluruh Dunia
- Petani Menuai Oren di Hubei
- Semaraknya Taici, Gunung Wudang Jadi Tarikan
- Hubei Perlu Jadi Pelopor Pembangunan Berkualiti YREB: Xi
- Xi Adakan Tinjauan di Hubei
- Pemandangan Musim Bunga Dasar Tasik Daye, Hubei
- Panorama Ngarai Pingshan, Hubei, Gamit Pelancong
- Hubei Dorong Ekonomi Malam di Xuan'en
- Orang Ramai Main Air pada Pertengahan Musim Panas