- Lain-lain
Kebun Teh di Hubei Berkembang Mekar, Jadi Destinasi Pelancong
Foto memaparkan kebun teh ekologi Qinggangling di Kaunti Autonomi Tujia Wufeng di Provinsi Hubei, tengah China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Pada hujung Ogos, pelawat akan berpusu-pusu menuju ke kebun teh ekologi Qinggangling yang berada di atas 800 meter paras laut dengan hasrat untuk mengabadikan keindahan landskap hijau nan subur di dalam lensa kamera masing-masing, serta berjalan-jalan di celah-celah pokok teh.
Terletak di Kaunti Autonomi Tujia Wufeng di Provinsi Hubei, tengah China, kebun teh itu merupakan salah satu daripada kebun-kebun lain yang berteberan di serata 75 kampung di kaunti itu, dengan liputan seluas 222,000 mu (14,800 hektar) atau bersamaan dengan sekitar 20,700 padang bola sepak bersaiz standard.
Industri teh tempatan telah mengalami transformasi dalam tempoh sedekad lalu; daripada operasi keluarga kecil-kecilan kepada perusahaan berteknologi tinggi; berkembang daripada sekadar penanaman kepada penyepaduan perusahaan pelancongan, budaya dan teh.
Kaunti tersebut telah membangunkan model pertumbuhan dengan menukar kebun-kebun teh yang ada menjadi kawasan pemandangan; kilang teh kepada bilik pameran; dan petani teh kepada pemandu pelancong. Pada tahun ini, kebun ekologi Qinggangling telah melayani 32 kumpulan melancong sambil belajar dari serata provinsi itu.
Satu pertunjukan budaya teh telah dilancarkan pada pertengahan Julai kini telah diadakan sebanyak 60 kali di tapak industri teh kaunti itu, dengan setiap pertunjukan menghimpunkan 150 orang pelawat.
Pada tahun lalu, kaunti itu menerima 4.36 juta pelancong, menjani hampir RMB4 bilion (AS$560 juta) dalam hasil pelancongan. Output keseluruhan daripada industri pelancongan, budaya dan teh mencapai RMB5 bilion.
Seorang wanita memperlihatkan kemahiran membuat teh di Kaunti Autonomi Tujia Wufeng di Provinsi Hubei, tengah China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Satu persembahan budaya teh penuh asyik dipentaskan di sebuah kebun di Kaunti Autonomi Tujia Wufeng di Provinsi Hubei, tengah China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Songzi, Hubei: Getaran Gitar Gema Seluruh Dunia
- Pemandangan Udara Kebun Teh Berteres di Yunnan Bak Cap Jari
- Kawasan Pergunungan di Guizhou Jadi Kilang Super Matcha
- Pekan di Anhui Dorong Pemulihan Semula Luar Menerusi Industri Teh
- Musim Tuai Teh Bermula di Kawasan Tasik Qiandao
- Petani Menuai Oren di Hubei
- Semaraknya Taici, Gunung Wudang Jadi Tarikan
- Hubei Perlu Jadi Pelopor Pembangunan Berkualiti YREB: Xi
- Xi Adakan Tinjauan di Hubei
- Ekspo Industri Teh Antarabangsa Sichuan Ke-13 Buka Tirai di Chengdu