- Lain-lain
Menteri Luar China, Namibia Capai Persepakatan Tingkatkan Kerjasama Dua Hala

Menteri Luar China Wang Yi menerima kunjungan Menteri Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Namibia Selma Ashipala-Musavyi di Beijing pada Jumaat.
Wang, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, China bersedia bersama Namibia melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, dan memperkasakan koordinasi strategi pembangunan.

Selain itu, menurut Wang, China dan Namibina harus memanfaatkan dasar tarif sifar yang dilaksanakan China untuk menggalakkan projek-projek kerjasama penting dalam bidang pertanian, kesejahteraan rakyat dan belia.
Musavyi dalam pertemuan itu pula mengatakan bahawa Namibia dan China merupakan rakan tradisional dan sahabat sejati.
Beliau turut menzahirkan harapan Namibia untuk mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, memperluas pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, supaya melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.
- Menteri Luar dan Perdagangan Namibia Bakal Lawat China
- Utusan Khas Presiden Xi Hadir Majlis Angkat Sumpah Presiden Namibia
- Utusan Khas Presiden Xi akan Hadir Upacara Angkat Sumpah Presiden Namibia
- Xi Ucap Takziah Pemergian Sam Nujoma
- Namibia, China Ikrar Perkasa Kerjasama Saling Untung
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Namibia
- Xi Ucap Takziah Atas Kepergian Bekas Presiden Namibia Geingob




