Robot Manusia Atasi Rekod Dunia Separuh Maraton di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 20 April 2026

Robot manusia “Flash” yang mewakili Pasukan Pofengshandian dalam kategori kawalan jauh, melintasi garis penamat pada separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Zhang Chenlin)

Robot manusia bernama “Flash” ciptaan Shenzhen Honor Smart Technology Development Co., Ltd. muncul sebagai juara separuh maraton E-Town Beijing 2026 dengan catatan masa 50 minit 26 saat dalam kategori navigasi berautonomi, mengatasi rekod dunia yang dipegang oleh atlet manusia iaitu 57:20.

Rekod dunia separuh maraton lelaki dicatat oleh pelari jarak jauh Uganda, Jacob Kiplimo semasa Separuh Maraton Lisbon di Portugal bulan lepas.

Pada separuh maraton E-Town kali pertama tahun lalu, Tiangong Ultra meraih kejuaraan dalam masa dua jam 40 minit 42 saat, dan hanya enam daripada 20 pasukan yang bertanding berjaya menyelesaikan larian 21.0975 kilometer itu untuk mencatat sejarah.

Edisi kedua E-Town pada Ahad lalu menampakkan kemajuan teknologi yang mengagumkan, terbukti dengan kemampuan robot manusia berlari lebih pantas dan stabil. Bilangan pasukan yang mengambil bahagian tahun ini meningkat kepada lebih 100, termasuk dari Jerman, Perancis dan Brazil.

Dari segi peraturan pertandingan, pelari robot dan manusia mengikut laluan yang sama namun lorong berasingan untuk menjamin keselamatan, dan waktu penamat bagi robot dihadkan kepada tiga jam 40 minit. Format yang baru diperkenalkan tahun ini termasuk penglibatan dua hala iaitu kawalan jauh dan navigasi berautonomi.

Bagi pasukan yang bertanding dalam kategori kawalan jauh, masa yang dicatatkan perlu dikalikan dengan koefisien 1.2. Sekitar 40 peratus pasukan menggunakan navigasi berautonomi untuk mencapai hasil lebih cemerlang.

“Sasaran koefisien yang ditetapkan adalah untuk membimbing dan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan navigasi berautonomi, yang menjadi asas untuk teknologi robot manusia diguna pakai dalam senario kehidupan harian pada masa depan,” jelas Liang Liang, timbalan setiausaha agung Institut Elektronik China.

Bagi separuh maraton E-Town kategori manusia, Zhao Haijie dari China memenangi acara lelaki dengan masa 1:07:47, manakala rakan senegara Wang Qiaoxia dinobatkan juara acara wanita dengan catatan 1:18:06.

Pemenang pingat emas “Flash” (tengah) yang mewakili Pasukan Qitiandasheng dalam kategori berautonomi, bergaya pada upacara penyampaian pingat separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Zhang Chenlin)

Robot manusia “Flash” yang mewakili Pasukan Jueyingchitu dalam kategori kawalan jauh, melintasi garis penamat pada separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Zhang Chenlin)

Robot manusia "Unitree H1" yang mewakili Pasukan Hang S Sai dalam kategori berautonomi, melintasi garis penamat pada separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Zhang Chenlin)

Robot manusia "Tiangong 1.0 Ultra" (kiri) yang mewakili Pasukan Tianxiao dalam kategori berautonomi, berlari pada separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Zhang Chenlin)

Robot manusia "Tiangong Ultra-2026" yang mewakili Pasukan Tianxiao dalam kategori berautonomi, berlari pada separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Ju Huanzong)

Jurutera memeriksa robot manusia "Tiangong 3.0" (kedua dari kiri) yang mewakili Pasukan Zhipaozhe dalam kategori kawalan jauh, pada separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Zhai Yifan)

Robot manusia "Tiangong Ultra-2025" yang mewakili Pasukan Tianyi dalam kategori berautonomi, berlari pada separuh maraton E-Town Beijing dan separuh maraton robot manusia di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing di tenggara Beijing, China, 19 April 2026. (Xinhua/Luo Yuan)

Video

Berita Berkaitan