- Lain-lain
Sewa Robot: Dulu Nic Baru, Kini Perkara Biasa

Robot manusia bermain bola sepak di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 24 Februari 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)
Perkhidmatan sewa robot sudah berubah daripada sebuah hobi yang nic oleh individu, kepada suatu trend yang lebih umum. Harga telah turun mendadak, iaitu daripada 10,000 yuan sehari kepada hanya lebih 100 yuan, dan pasarannya kini sedang diperluas ke bandar-bandar kecil.
Ramai pembekal khidmat sewa robot melaporkan bahawa mereka telah menerima pertanyaan dan tempahan sejak hari ke-23 bulan terakhir kalendar imlek pada 2025, dan robot mereka habis ditempah pada hari pertama hingga kelima Tahun Baharu Cina kali ini. Klien lazimnya menempah dua atau empat unit sekali untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik.
Menurut data platform sewa robot Botshare, setakat 12 Februari, platform itu telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk tempoh cuti Tahun Baharu Cina (15-23 Februari), dan jumlahnya dijangka melebihi 5,000 menjelang hujung percutian.
Data daripada platform e-dagang terbesar China, JD.com menunjukkan pasaran pengguna utama bagi perkhidmatan sewa robot adalah Beijing, Shenzhen, dan Changsha, dan turut meliputi bandar-bandar yang lebih kecil.
Li Quanyin, CEO Beijing Yunji Technology Co., Ltd. berkata bahawa pada cuti Tahun Baharu Cina kali ini, kerja syarikatnya bertambah lebih sekali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas. Sistem suara AI pintar syarikat itu, Voice AI, menyaksikan volum panggilan melonjak 515 peratus dalam masa sehari, tahun ke tahun. Permintaan terutamanya kukuh di kawasan-kawasan berekonomi maju yang sektor perniagaan dan pelancongan tempatannya rancak, seperti Jiangsu dan Zhejiang di timur.
Li Yiyan, CEO Botshare, menyatakan bahawa pada musim perayaan itu, lebih daripada 54 peratus tempahan sewa robot adalah untuk aktiviti seperti menghantar ucapan Tahun Baharu Cina serta membuat persembahan di pesta kuil dan pusat beli-belah. Permintaan juga semakin tinggi oleh mereka yang hendak membuat lamaran atau beraktiviti ibu bapa dan anak.
Katanya lagi, pasaran sewa robot China dijangka mencecah 1 bilion yuan pada 2025 dan sekurang-kurangnya 10 bilion yuan pada 2026. Harga yang turun mendadak dikatakan faktor utama yang membawa kepada ledakan permintaan ini.
Pada Tahun Baharu Cina 2024 dan 2025, robot manusia dari syarikat seperti Unitree Robotics dan AgiBot disewa dengan harga lebih 10,000 yuan sehari di bandar-bandar termasuk Hangzhou dan Ningbo di Zhejiang. Namun, pada tahun ini, kos sewa untuk robot model biasa telah disesuaikan supaya lebih berpatutan.
Jelas pembekal khidmat sewa robot di provinsi Guizhou, barat daya China, robot manusia dari Unitree Robotics atau AgiBot boleh disewa pada harga 4,000 yuan sehari, manakala anjing robot 680 yuan sehari. Harga ini termasuk kos operator dan petugas keselamatan tanpa bayaran tambahan.
Wang Lei, pengerusi Shanghai Qingbao Robot Co., Ltd., menganggap populariti perkhidmatan sewa robot dipacu oleh minat orang ramai terhadap robot manusia yang kian meningkat, harga sewa yang agak berpatutan, juga ekoran semakin ramai pelanggan sasaran yang menerima penggunaannya. Beliau menambah, syarikatnya akan mempertingkatkan usaha dalam bidang-bidang seperti strim langsung robot manusia, sambutan dan interpretasi, jualan tanpa manusia, dan lain-lain cabang perniagaan.
Populariti perkhidmatan sewa robot juga telah menarik minat pelabur, terbukti apabila beberapa syarikat tersenarai awam bertindak pantas untuk memasuki pasaran.
Robot manusia keluaran Ningbo PIA Automation Holding Corp. membuat penampilan di kawasan perkhidmatan Xiaoshan di lebuh raya G60 pada Tahun Baharu Cina kali ini. Robot keluaran syarikat itu telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk persembahan di Pusat Eksplorasi Sains Ningbo. Pada masa yang sama, transaksi sewa dan persembahan robot di Pangkalan Industri Kecerdasan Terkandung Ningbo yang diterajui oleh Ningbo Huaxiang Electronic Co., Ltd., telah menjana hasil melebihi 230,000 yuan.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Umumkan Sistem Piawaian Robot Humanoid dan AI Berbadan Pertama
- Kereta Terbang, Robot Manusia, Debut di Wuhan
- Malam Gala TBC 2026, Platform Tumpuan Perhatian Umum terhadap Robot China
- Robot, Pemangkin Transformasi Pintar Hospital Anzhen, Beijing
- Robot Gerudi Dasar Laut 3D Pertama China Berjaya Selesaikan Ujian di Laut China Selatan
- Robot Pintar Transformasi Operasi Pelabuhan Qingdao
- ‘Sekolah’ Latih Robot Manusia untuk Alam Kerja
- Mencari Raja Tarian Hip-hop Robot Manusia
- Robot Buatan China Juarai Kejohanan Pertarungan Robot Antarabangsa di UAE
- Robotik Buatan China Pamer Kekuatan di Pentas Dunia