Dua Calon Pakistan Dipilih untuk Latihan Misi Angkasa China

(CRI)Khamis 23 April 2026

Dua calon dari Pakistan dipilih sebagai kumpulan pertama angkasawan asing untuk latihan misi angkasa lepas China, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

CMSA memaklumkan bahawa Muhammad Zeeshan Ali dan Khurram Daud akan datang ke China tidak lama lagi sebagai angkasawan simpanan untuk menjalani latihan berkenaan.

Selepas melengkapkan semua latihan dan penilaian, salah seorang daripada mereka akan menyertai misi angkasa selaku pakar muatan, sekali gus menjadi angkasawan asing pertama yang bertugas di stesen angkasa Tiangong.

Video

Berita Berkaitan