- Lain-lain
China, Kemboja Anjur Mesyuarat '2+2' Pertama di Phnom Penh

Mesyuarat pertama mekanisme dialog strategik '2+2' melibatkan menteri luar dan menteri pertahanan China-Kemboja berlangsung di Phnom Penh pada Rabu.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China Wang Yi dan Menteri Pertahanan Dong Jun serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tea Seiha.
Wang berkata China dan Kemboja harus memperdalam kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan, memperkukuh pertukaran pengalaman tadbir urus serta meningkatkan keupayaan masing-masing dalam pentadbiran.
Beliau menyatakan kesediaan China bekerjasama dengan Kemboja bagi membina model keselamatan Asia yang menonjolkan nilai keselamatan bersama, mencari titik persamaan sambil mengekalkan perbezaan serta berdialog dan berunding.
Sementara itu, Dong berkata China sedia bekerjasama dengan Kemboja untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam keselamatan ketenteraan.

Dalam mesyuarat itu, Sokhonn menyatakan Kemboja akan bersama China untuk memperkasakan rangka kerjasama 'intan enam sisi' serta pembinaan 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras'.
Manakala Seiha pula berkata, negara itu bersedia meneroka pendekatan baharu bagi menjayakan lebih banyak kerjasama sebagai usaha mendorong hubungan bilateral ke arah melakar pencapaian lebih besar.
- Kemboja Laksana Dasar Pengecualian Visa kepada Warga China
- China Beri Sumbangan Signifikan Buat Pertumbuhan Ekonomi Serantau, Global – Hun Sen
- Lapangan Terbang Baharu Kemboja Mula Operasi
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Kemboja
- Xi dan Isteri Terima Kunjungan Raja Kemboja dan Ibu Permaisuri
- Kemboja Eksport Durian Kumpulan Pertama ke China
- China, Kemboja Laksana Latihan Tentera Laut dan Udara
- PM Li: China Bersedia Kembangkan Kerjasama Perdagangan, Ekonomi dengan Kemboja
- Tentera China, Kemboja Jalani Latihan "Golden Dragon 2025" Bersama
- XJ Perdalam Kerjasama Tenaga China-Kemboja Menerusi Projek Kuasa




