Kemboja Laksana Dasar Pengecualian Visa kepada Warga China

(CRI)Rabu 03 Disember 2025

Kemboja akan melaksanakan dasar pengecualian visa kepada warga China bermula 15 Jun hingga 15 Oktober 2026, menurut dokumen rasmi kerajaan Kemboja pada Selasa.

Menurut dokumen itu, rakyat China boleh menikmati tempoh pengecualian visa selama tidak melebihi 14 hari bagi perjalanan ke Kemboja.

Sebagai rekod, jumlah pelancong China ke Kemboja mencatat satu juta orang pada Januari hingga Oktober tahun ini.

Video

Berita Berkaitan