- Lain-lain
Hun Sen Bertemu dengan Wang Yi

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Pemangku Ketua Negara Kemboja merangkap Presiden Senat, Samdech Techo Hun Sen di Phnom Penh pada Khamis.
Hun Sen meminta Wang Yi menyampaikan salam kepada Presiden China Xi Jinping dan mengucapkan tahniah atas kejayaan mesyuarat pertama Mekanisme Dialog Strategik "2+2" antara Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Kemboja-China.
"Tidak kira apa perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa, Parti Rakyat Kemboja dan kerajaan bertekad melaksanakan dasar pro-China, memperkukuh kerjasama dengan China, dan bersedia terus memajukan pembangunan komuniti berkongsi nasib Kemboja-China," ujar Hun Sen.
Beliau menambah, pihaknya bertekad membanteras sekeras-kerasnya gejala penipuan dan perjudian dalam talian yang sudah membahayakan keselamatan nyawa dan harta rakyat di pelbagai negara serta menjejaskan imej kebangsaan Kemboja.
Wang Yi yang juga merupakan Ahli Biro Politik Pusat Parti Komunis China menyatakan, beliau yakin mekanisme terbabit akan mengukuhkan kepercayaan strategik antara kedua-dua pihak dan memainkan peranan penting dalam kerjasama menangani cabaran global dan serantau.
Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai situasi antarabangsa dan serantau.
- China, Kemboja Anjur Mesyuarat '2+2' Pertama di Phnom Penh
- Kemboja Laksana Dasar Pengecualian Visa kepada Warga China
- China Beri Sumbangan Signifikan Buat Pertumbuhan Ekonomi Serantau, Global – Hun Sen
- Lapangan Terbang Baharu Kemboja Mula Operasi
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Kemboja
- Xi dan Isteri Terima Kunjungan Raja Kemboja dan Ibu Permaisuri
- Kemboja Eksport Durian Kumpulan Pertama ke China
- China, Kemboja Laksana Latihan Tentera Laut dan Udara
- PM Li: China Bersedia Kembangkan Kerjasama Perdagangan, Ekonomi dengan Kemboja
- Puteri Kemboja Cemar Duli, Dendangkan Lagu Dalam Bahasa Mandarin Buat Persahabatan China-Kemboja




