Insiden Keselamatan Majlis Makan Malam Rumah Putih, Suspek Ditahan

(CRI)Ahad 26 April 2026

Satu insiden berkaitan keselamatan berlaku ketika majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih pada Sabtu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan isteri, Melania dibawa keluar daripada acara tahunan di Washington Hilton susulan insiden tersebut.

Trump dalam sidang media selepas kejadian itu memaklumkan, insiden berlaku apabila seorang lekaki yangmembawa senjata api cuba menyerbu sekatan pemeriksaan keselamatan ketika acara berkenaan berlangsung. Suspek kemudian berjaya ditahan oleh ejen Perkhidmatan Rahsia.

Trump turut mengesahkan seorang anggota keselamatan terkena tembakan, namun terselamat kerana memakai jaket kalis peluru.

Video

Berita Berkaitan