- Lain-lain
FedEx Saman Kerajaan AS

Syarikat logistik global FedEx memfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut pemulangan tarif yang dikutip berdasarkan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).
Menurut laporan media, FedEx telah mengemukakan tuntutan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS, menuntut bayaran balik penuh semua tarif yang dikenakan di bawah peruntukan undang-undang tersebut.
Perkembangan itu menyusul keputusan Mahkamah Agung AS yang memutuskan bahawa IEEPA tidak memberikan kuasa kepada presiden untuk mengenakan tarif berskala besar.
Bagaimanapun, pada hari keputusan itu diumumkan, laman web Rumah Putih menyiarkan satu perintah eksekutif yang ditandatangani Donald Trump, mengesahkan penamatan pelaksanaan langkah tarif yang diperkenalkan di bawah akta terbabit sebelum ini.
Dimaklumkan, lebih 1,000 syarikat di AS, termasuk Costco dan Reebok telah menyertai tindakan perundangan untuk menuntut kerajaan mengembalikan tarif yang telah dibayar.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Trump Isytiharkan Darurat Negara
- Haluan Lain
- Trump Lancar 'Lembaga Keamanan'
- AS Masih Belum Langsaikan Yuran Keahlian WHO
- Pendek Akal
- AS Gantung Pemprosesan Visa untuk 75 Negara
- Trump Pertimbang Pelan Campur Tangan Terhadap Iran
- Pembaharuan Tadbir Urus Global Semakin Mendesak Susulan Perkataan Trump Tolak Undang-Undang Antarabangsa
- Trump Arah AS Tarik Diri Daripada 66 Pertubuhan Antarabangsa
- Trump Pertimbang "Pembelian" Greenland