Menteri Luar Australia Dijadual Lawat China, Perkukuh Hubungan Dua Hala

(CRI)Selasa 28 April 2026

China mengumumkan bahawa Menteri Luar Australia, Penny Wong dijadual mengadakan lawatan rasmi ke China dari 28 hingga 30 April atas jemputan Menteri Luar China, Wang Yi.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Isnin yang memaklumkan perkara itu berkata, pihaknya menjangkakan lawatan tersebut akan membantu menggalakkan hubungan China-Australia yang stabil, sihat dan mampan.

Dimaklumkan, dalam tempoh lawatan itu, Wang Yi dan Penny Wong akan mempengerusikan bersama Dialog Diplomatik dan Strategik China-Australia Pusingan Kelapan, membincangkan secara mendalam mengenai hubungan bilateral serta isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

Video

Berita Berkaitan