Tribunal Tokyo Penting Bagi Manusia Sejagat, Jepun Perlu Ambil Iktibar dari Sejarah

(CRI)Khamis 30 April 2026

Tribunal Tokyo mempunyai kepentingan besar dari sudut undang-undang dan kemanusiaan sejagat.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova dalam sidang media pada Rabu sempena ulang tahun ke-80 berlangsungnya perbicaraan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh penggiat militarisme Jepun semasa Perang Dunia Kedua tidak tertakluk kepada had masa pendakwaan.

Menurut Zakharova, usaha untuk menyiasat dan mendedahkan jenayah tersebut akan terus dilaksanakan, dengan pihak Rusia komited untuk memperincikan dan menerbitkan maklumat berkaitan secara sistematik

Menurut beliau, semasa Perang Dunia Kedua, Jepun telah memperhambakan negara-negara Asia dan melakukan jenayah kejam terhadap orang awam.

Kerajaan Jepun seharusnya mengambil iktibar daripada sejarah, serta tidak meneruskan langkah yang boleh dilihat sebagai peningkatan ketenteraan atau usaha melupakan jenayah perang lampau.

Tribunal Tokyo, yang berlangsung dari tahun 1946 hingga tahun 1948 merupakan perbicaraan antarabangsa terhadap pemimpin utama Jepun atas jenayah perang.

Lebih 800 sesi perbicaraan diadakan dengan ratusan saksi dan ribuan bukti dikemukakan, sebelum mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman bersalah terhadap 25 tertuduh termasuk Tojo Hideki dan Matsui Iwane yang dijatuhi hukuman gantung.

Video

Berita Berkaitan