China Tolak Sekatan AS terhadap 5 Syarikat Domestik Terlibat Perdagangan Iran

(CRI)Ahad 03 Mei 2026

Kementerian Perdagangan China mengeluarkan keputusan untuk menolak tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memasukkan 5 syarikat domestik, iaitu Hengrui Petrochemical (Dalian) Refining Co., Ltd., Shandong Shouguang Luqing Petrochemical Co., Ltd., Shandong Jincheng Petrochemical Group Co., Ltd., Hebei Xinhai Chemical Group Co., Ltd., dan Shandong Shengxing Chemical Co., Ltd., ke dalam "Senarai Warganegara yang Ditentukan Khasnya (SDN)”, serta melaksanakan pembekuan aset dan larangan transaksi atas alasan mereka terlibat dalam perdagangan minyak dengan Iran.

Jurucakap kementerian itu menyatakan bahawa kerajaan China sentiasa menentang sekatan sepihak tanpa mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan asas undang-undang antarabangsa.

Keputusan China menolak sekatan AS ini merupakan langkah konkrit untuk melaksanakan "Kaedah Menghalang Penguatkuasaan Undang-undang dan Tindakan Asing yang Tidak Betul di Luar Negara", bukan sahaja tidak berkaitan dengan tanggungjawab dan kewajiban antarabangsa yang dipikul China, tetapi juga tidak menjadikan hak dan kepentingan pelabur asing terjejas.

Video

Berita Berkaitan