Sebuah Kapal Tangki Thailand Selamat Melalui Selat Hormuz

(CRI)Rabu 25 Mac 2026

Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow pada Selasa mengesahkan bahawa sebuah kapal tangki Thailand telah selamat melalui Selat Hormuz dan dijangka akan tiba di Thailand pada awal April.

Beliau berkata, kapal tangki itu telah berlabuh di Teluk Parsi selama beberapa hari. Pihaknya telah berunding dengan Iran dan Oman untuk memastikan kapal itu dapat melalui Selat Hormuz.

Dalam konteks situasi yang tegang di Asia Barat, kelaluan kapal tersebut dianggap sebagai isyarat positif, sekali gus menandakan mekanisme komunikasi berkaitan memainkan peranan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Iran di Thailand juga menyatakan bahawa kelaluan kapal Thailand itu berkat kerjasama erat antara Iran, Thailand dan Oman.

Video

Berita Berkaitan