- Lain-lain
AS, Iran Capai Kemajuan dalam Rundingan Pusingan Kedua
Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mengadakan rundingan pusingan kedua secara tidak langsung di Geneva pada Selasa. Selepas rundingan itu berakhir, pegawai kedua-dua pihak masing-masing menyatakan walaupun wujud perselisihan, mereka telah mencapai kemajuan dalam rundingan kali ini berbanding rundingan pusingan sebelumnya, dan bersetuju akan terus melakukan kontak.
Turut hadir, Steven Witkoff sebagai Utusan khas Presiden AS Trump, Jared Corey Kushner yang merupakan anak menantu Trump, Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi yang mengetuai satu delegasi yang terdiri daripada diplomat dan ahli teknikal, dan Menteri Luar Oman, Badr Al-Busaidi yang berperanan sebagai pengantara.
Araghchi menyatakan selepas rundingan itu berakhir bahawa kedua-dua pihak telah mencapai konsensus menyeluruh tentang 'siri prinsip bersifat panduan'. Pada masa ini, masih wujud jurang dalam pendirian kedua-dua pihak, dan memerlukan komunikasi pada fasa selanjutnya, tetapi prospek rundingan kini 'lebih jelas' berbanding masa sebelumnya.
Beliau menyatakan lagi bahawa kedua-dua pihak akan meneliti dan menilai teks perjanjian yang berpotensi dimeterai dan bertukar pendapat, kemudian menetapkan jadual masa untuk rundingan pusingan ketiga.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- SCO Seru Penyelesaian Situasi Iran Secara Damai
- AS Kenakan Sekatan Baharu terhadap Iran
- China Sokong Kestabilan Negara Iran - Jurucakap Kementerian Luar
- AS, Israel Terbukti Sertai Rusuhan Berdarah di Iran - Menteri Luar Araghchi
- Trump Pertimbang Pelan Campur Tangan Terhadap Iran
- Putin, Masoud Bincang Program Nuklear Iran
- Kekerasan, Konfrontasi Tidak Dapat Selesai Isu Nuklear Iran: Wakil China
- Iran Tolak Cadangan AS untuk Pulihkan Semula Rundingan Nuklear
- AS Sedia Musnahkan Fasiliti Nuklear Iran Sekali Lagi Jika Perlu - Trump
- AS, Iran Mungkin Adakan Rundingan di Oslo Minggu Depan