UNSC Gagal Lulus Draf Resolusi Berkaitan Iran

(CRI)Khamis 12 Mac 2026

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi berkaitan Iran pada Rabu apabila memperoleh 4 undi setuju, 2 undi menentang dan 9 undi berkecuali.

Rusia, China, Pakistan dan Somalia mengundi menyokong, manakala Amerika Syarikat (AS) dan Latvia mengundi menentang.

Draf resolusi diserahkan Rusia itu menyeru agar pihak-pihak yang berkonflik menghentikan segera tindakan ketenteraan dan mengelak situasi daripada terus meruncing.

Resolusi itu turut mengecam serangan yang menyasar penduduk dan fasiliti awam, di samping mendesak semua pihak terlibat kembali ke meja rundingan.

Video

Berita Berkaitan