Xi Galak Belia China Integrasikan Aspirasi Peribadi dengan Pembangunan Negara

(CRI)Isnin 04 Mei 2026

Presiden China Xi Jinping menggalakkan golongan belia China supaya mengintegrasikan aspirasi peribadi dengan pembangunan negara.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China membuat pesanan itu dalam surat balas kepada wakil-wakil pemenang Pingat 4 Mei Belia China dan Perintis Belia Era Baharu, sempena sambutan Hari Belia China yang jatuh pada 4 Mei.

Xi juga mengambil peluang mengucapkan selamat maju jaya kepada golongan belia di seluruh China.

Beliau dalam surat tersebut memuji mereka yang berkhidmat di barisan hadapan dalam inovasi sains dan teknologi, pembangunan luar bandar, perkhidmatan sosial, pertahanan di sempadan negara dan lain-lain, menunjukkan imej baik generasi muda China di era baharu yang yakin diri, berdikari, dan bersemangat tinggi.

Pingat 4 Mei Belia China dan Perintis Belia Era Baharu diberikan kepada individu cemerlang yang berakhlak tinggi dan berjiwa patriotik, serta membuat sumbangan besar kepada masyarakat.

Video

Berita Berkaitan