Pemuda China Dorong Ledakan Aksesori Beg Seiring dengan Sasaran Jenama Besar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 02 September 2025
Pemuda China Dorong Ledakan Aksesori Beg Seiring dengan Sasaran Jenama Besar
Aksesori beg dijual di sebuah kedai di daerah Shushan, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh People’s Daily Online)

Sejak awal tahun ini, peminat beg dan aksesori pada beg telah melonjak naik dari sudut populariti di media sosial China.

Jenama-jenama besar seperti Disney, Sanrio, Jellycat, Baby Gund dan Miniso telah memanfaatkan peluang dengan melancarkan koleksi unik yang menawarkan cara kreatif bagi golongan muda menzahirkan emosi dan identiti tersendiri masing-masing.

Di kedai pertama BearHans Provinsi Anhui yang terletak di Hefei, kedatangan pembeli disambut dengan produk yang pelbagai bentuk, iaitu daripada loket kartun kepada rantai kunci plush yang dijahit tangan, dengan harga daripada belasan yuan kepada ratusan yuan.

Wang Jiejie, pengurus kedai tersebut berkata bahawa harga aksesori beg terletak di antara RMB89 dan RMB169, dan kebiasaannya popular dalam kalangan pembeli yang berumur 20 hingga 35 tahun.

Wakil daripada biro perdagangan daerah Shushan menyatakan bahawa golongan muda mendahagakan ekspresi peribadi, dan melihat aksesori beg sebagai cara yang menarik dengan harga yang berpatutan untuk mempamerkan gaya mereka berbanding tas tangan yang statik.

Menurut Laporan Pengguna China McKinsey 2024, 64 peratus pengguna China mementingkan nilai terhadap pengalaman emosi, dengan pengguna lebih muda khususnya tertarik pada produk yang menawarkan hubungan emosi.

Pasaran permainan plush global telah melepasi angka RMB10 bilion dan terus berkembang sekitar 15 peratus setiap tahun, sebahagian besarnya didorong oleh golongan yang lahir pada 1990-an dan 2000-an, yang mencakupi 79 peratus daripada permintaan.

Seorang kanak-kanak perempuan memilih aksesori beg di kedai BearHans di Hefei, Provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh People’s Daily Online)
Seorang wanita melihat permainan di sebuah kedai di Hefei, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh People’s Daily Online)

Video

Berita Berkaitan