China Ulangi Gesaan Hentikan Segera Operasi Ketenteraan di Asia Barat

(CRI)Jumaat 03 April 2026

Pendekatan ketenteraan tidak dapat menyelesaikan masalah dan peningkatan konflik di Asia Barat juga tidak selaras dengan kepentingan mana-mana pihak.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Khamis ketika menjawab soalan mengenai kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung konflik di Iran.

Mao turut mengulangi gesaan China supaya pihak-pihak terlibat menghentikan operasi ketenteraan dengan segera dan memulakan rundingan damai secepat mungkin.

Beliau berkata operasi ketenteraan secara haram oleh AS dan Israel terhadap Iran adalah punca utama yang menyebabkan gangguan di Selat Hormuz.

Hanya dengan melaksanakan gencatan senjata dan mewujudkan keamanan serta kestabilan di kawasan Teluk, barulah dapat memelihara keselamatan dan kelancaran laluan perkapalan antarabangsa.

Mao menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersinergi mendorong peredaan ketegangan bagi mengelakkan pergolakan rantau membawa impak lebih besar kepada ekonomi dan keselamatan tenaga global.

Video

Berita Berkaitan