- Lain-lain
Ahli Parlimen Jepun Sekongkol dengan Pembelot Taiwan, China Bertindak Balas
Kementerian Luar China telah mengumumkan keputusan untuk mengambil tindakan balas terhadap seorang Ahli Dewan Perwakilan Jepun, Keiji Furuya, malah akan mengambil semua langkah hukuman yang diperlukan terhadapnya.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China menyatakan, tindakan balas tersebut adalah langkah adil yang merujuk pada perundangan negara dan kelaziman antarabangsa, dengan tujuannya mempertahankan kepentingan negara.
Sebelum ini, Keiji Furuya pernah dilaporkan berkali-kali berkunjung ke Taiwan dan bersekongkol dengan kuasa pemisah "Kemerdekaan Taiwan".
Pada 16 Mac tahun ini, ketika menghadiri apa yang disebut "Forum Yushan", Keiji Furuya pernah menguar-uarkan bahawa "Jepun bertekad melindungi Taiwan", dan menggembar-gemburkan kenyataan bahawa "tidak membenarkan status quo di selat Taiwan terjejas".
Perkataan dan gerak-geri Keiji Furuya mencerminkan landskap politik Jepun yang semakin condong ke kanan.
Tindakan balas China terhadapnya memberikan isyarat yang jelas, iaitu perihal Taiwan adalah keutamaan dalam kepentingan teras China dan merupakan garis merah yang tidak boleh diinjak.
- Masyarakat Antarabangsa Semakin Sedar Impak Buruk Kenyataan PM Jepun Berhubung Hal Taiwan
- Berwaspada pada Bahaya Kecenderungan Jepun Bangkitkan Militarisme - Menteri Luar China
- Jepun Digesa Laksana Janji dan Kewajipan Antarabangsa
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China
- Latihan 'Misi Keadilan 2025' Sah, Wajar
- Bayaran untuk Kos "Perlindungan"




