- Lain-lain
China Bantah Kapal Pasukan Pertahanan Diri Jepun Melintasi Selat Taiwan
Medan Timur Tentera Pembebasan Rakyat China, Kementerian Pertahanan China, dan Kementerian Luar China masing-masing membuat kenyataan berhubung kapal Pasukan Pertahanan Diri Jepun melintasi Selat Taiwan, pada Jumaat.
Jurucakap Medan Timur, Kolonel Kanan Xu Chenghua menyatakan bahawa kapal pemusnah JS Ikazuchi Jepun melintasi Selat Taiwan pada pukul 4.02 pagi hingga 5.50 petang pada Jumaat, memberi isyarat salah kepada kumpulan pemisah "kemerdekaa Taiwan".
Beliau berkata, Medan Timur telah mengerahkan pasukan udara dan laut untuk mengekori dan memantau kapal tersebut, serta melakukan kawalan secara berkesan.

Di samping itu, jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang berkata, tentera China mengekalkan kewaspadaan tinggi, dan akan bertindak tegas untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Selain itu, jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun menyatakan bahawa soal Taiwan adalah garis merah yang tidak boleh dilampau kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China, selain menjadi asas politik antara China dengan Jepun.
China sekali lagi menggesa Jepun untuk membetulkan kesalahan, berhati-hati dalam mengambil tindakan, supaya mengelakkan terus sesat di jalan yang salah.
- Ahli Parlimen Jepun Sekongkol dengan Pembelot Taiwan, China Bertindak Balas
- Masyarakat Antarabangsa Semakin Sedar Impak Buruk Kenyataan PM Jepun Berhubung Hal Taiwan
- Berwaspada pada Bahaya Kecenderungan Jepun Bangkitkan Militarisme - Menteri Luar China
- Jepun Digesa Laksana Janji dan Kewajipan Antarabangsa
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China
- Latihan 'Misi Keadilan 2025' Sah, Wajar




