Tujuh Negara OPEC+ Memutuskan untuk Tingkatkan Pengeluaran Minyak Bermula Jun 2026

(CRI)Isnin 04 Mei 2026

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam kenyataan pada Ahad mengumumkan bahawa tujuh negara OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 18,800 tong sehari bermula Jun tahun ini.

Ini keputusan pertama OPEC+ selepas pengunduran rasmi Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan juga bulan ketiga berturut-turut pertubuhan itu memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak.

Wakil dari tujuh negara OPEC+ iaitu Arab Saudi, Rusia, Iraq, Kuwait, Kazakhstan, Algeria, dan Oman mengadakan mesyuarat dalam talian untuk membincangkan situasi dan prospek pasaran minyak antarabangsa, pada Ahad.

Menurut kenyataan, tujuh negara tersebut memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak berasaskan langkah-langkah pengurangan pengeluaran yang diumumkan pada April 2023.

Video

Berita Berkaitan