- Lain-lain
Sinopec Umum Penemuan Rizab Minyak Syal Baharu di Chongqing
Agensi berita Xinhua pada Khamis melaporkan bahawa penapis minyak terbesar China iaitu Sinopec telah menemui rizab syal minyak baharu yang dianggarkan sebanyak 100 juta tan di Lembangan Sichuan, di barat daya China.
Memetik kenyataan Sinopec, penemuan itu telah berlaku di Daerah Qijiang, Perbandaran Chongqing. Satu telaga jelajahan yang digerudi di tapak itu telah mencapai kadar aliran minyak sebanyak 38.64 meter padu dan 10,000 meter padu gas asli setiap hari semasa ujian pengeluaran dilakukan.
Minyak syal amnya merujuk kepada hidrokarbon cecair yang terperangkap dalam formasi batu syal yang boleh diekstrak untuk penapisan. Ia kebiasaannya dijumpa dalam syal yang penuh organik dan antara lapisan nipis dalam batu karbonat, batu pasir, dan batu lodak.
Sebagai sumber gas dan minyak yang tidak kovensional, ia turut menyumbang kepada pengeluar minyak mentah yang stabil di China.
Sinopec juga terus melipatgandakan usaha dalam pembangunan dan penerokaan minyak syal, dengan berjaya mengenal pasti tiga medan minyak syal berskala besar yang baharu. Pada tahun lalu, pengeluaran minyak syal tahunan Sinopec telah mencapai 705,000 tan, iaitu meningkat 308,000 tan berbanding tahun terdahulu.
- Ladang CBM Terbesar China Capai Batu Tanda Penting
- Keluaran Minyak dan Gas dari Telaga 6,000 Meter ke Bawah Medan Tarim Rekodkan 150 Juta Tan
- Platform FLNG Berskala Besar Buatan China Pertama Dipindahkan ke Zhoushan
- Jumlah Pengeluaran Minyak di Medan Minyak Jimsar Cecah 1 Juta Tan
- Pembuatan Pelengkapan Minyak & Gas Asli Luar Pesisir: "Kilang Pintar" Pertama China Mula Beroperasi
- Kemudahan FPSO Silinder Pertama Asia Siap China
- Fasa II Platform Bersepadu “Deep Sea No. 1” Siap
- Barisan Pekerja Geofizik Gagahi Terjal
- OPEC Kekalkan Sasaran Pengurangan Minyak




