8 Anggota OPEC Umumkan Terus Tingkatkan Pengeluaran pada Mei

(CRI)Isnin 06 April 2026

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengeluarkan satu kenyataan pada Ahad bahawa lapan buah negara anggota utama 'OPEC' memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah harian sebanyak 206,000 tong pada bulan Mei. Dengan ini, lapan negara tersebut telah mengumumkan keputusan serupa untuk dua bulan berturut-turut.

Untuk perincian, perwakilan dari Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman telah mengadakan satu mesyuarat dalam talian semalam untuk membincangkan situasi dan prospek pasaran minyak antarabangsa, dan dengan sebulat suara menekankan peri pentingnya memelihara keselamatan laluan perkapalan antarabangsa dan kelancaran aliran sumber tenaga.

Selain itu, lapan negara tersebut juga menyatakan kebimbangan terhadap serangan terhadap infrastruktur tenaga, dan beranggapan bahawa kosnya amat tinggi dan akan memakan masa panjang jika mahu memulihkan kemudahan sumber tenaga yang terjejas, yang dipercayai bahkan menjadikan bekalan keseluruhan di pasaran sejagat terkesan.

Video

Berita Berkaitan