Brazil Umum Pengecualian Visa Buat Warga China

(CRI)Jumaat 08 Mei 2026

Kerajaan Brazil pada Khamis mengumumkan bahawa warganegara China yang memegang pasport biasa akan diberikan kebenaran memasuki negara itu tanpa visa bermula 11 Mei2026.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil, dari 11 Mei hingga 31 Disember 2026, rakyat China yang memegang pasport biasa dalam tempoh sah laku, datang ke Brazil bagi tujuan pelancongan, perniagaan, transit, serta aktiviti kesenian atau sukan, boleh masuk tanpa visa dengan tempoh tinggal tidak lebih daripada 30 hari dan tidak boleh dilanjutkan.

Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa ini merupakan langkah tindak balas setara kerajaan Brazil terhadap dasar bebas visa secara sepihak yang dilaksanakan China terhadap warga Brazil sebelum ini.

Video

Berita Berkaitan