- Lain-lain
China Bakal Lancar Visa Jenis Baharu Buat Profesional Sains, Teknologi
Majlis Negara China memaklumkan bahawa visa kategori baharu akan diperkenalkan untuk bakat muda sains dan teknologi.
Perdana Menterinya, Li Qiang telah menandatangani dekri untuk mengisytiharkan keputusan meminda peraturan terhadap kemasukan dan keluar warga asing.
Menurut keputusan itu, China akan menambah visa K kepada kategogri visa biasanya, tersedia untuk golongan muda profesional dalam sains dan teknologi yang layak mulai 1 Oktober depan.
Pemohon bagi jenis ini perlu memenuhi kelayakan dan keperluan yang ditetapkan oleh badan berautoriti China, selain turut sama menghantar dokumen sokongan.
Dalam satu sidang media pada Khamis, pihak berkaitan memberitahu bahawa berbanding 12 jenis visa biasa yang sedia ada, visa K akan menawarkan lebih banyak kemudahan buat pemegangnya dari sudut jumlah kemasukan yang dibenarkan, tempoh sah digunakan dan durasi untuk tinggal di China.
Permohonan visa K juga tidak memerlukan sebarang majikan domestik atau entiti untuk mengeluarkan surat jemputan, dan proses permohonan juga akan lebih diperkemaskan.
“Pembangunan China memerlukan penyertaan bakat dari serata dunia, dan pembangunan China juga menyediakan peluang buat mereka,” memetik sidang akhbar tersebut.
Keputusan tersebut juga menyasarkan untuk terus melaksanakan strategi pembangunan tenaga kerja China pada era baharu, mempermudah kemasukan bakat sains dan teknologi asing ke China, dan mempromosi kerjasama antarabangsa dan pertukaran dalam kalangan profesional muda bidang sains dan teknologi.
Untuk rekod, keputusan itu dibuat tatkala China sedang berterusan memperkemas undang-undang visa untuk mempromosi pertukaran antarabangsa pada tahun-tahun mutakhir ini. Setakat penghujung Julai, China telah memperkenalkan kemasukan bebas visa unilateral atau perjanjian bersama pengecualian visa dengan 75 negara.
Dengan sokongan undang-undang visa yang semakin dilonggarkan khususnya perluasan program kembara bebas visa, China telah menyaksikan peningkatan dari sudut jumlah kemasukan pelancong di sempadannya.
Pentadbiran Imigresen Kebangsaan memaklumkan bahawa warga asing telah melakukan 38.05 juta perjalanan ke atau dari China dalam tempoh enam bulan pertama 2025, iaitu peningkatan sebanyak 30.2 peratus dari tahun ke tahun. Daripada kesemua perjalanan itu, 13.64 juta melibatkan kemasukan bebas visa, yakni kenaikan 53.9 peratus untuk tempoh sama berbanding tahun lepas.
- China Tawar Pengecualian Visa kepada 75 Negara
- Perjanjian Bebas Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini
- Kemasukan Pengembara Asing ke China pada Separuh Pertama 2025 Meningkat, Lebih 70 Peratus Masuk Secara Bebas Visa
- Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia Berkuat Kuasa 17 Julai
- China Tawar Transit Tanpa Visa 240 Jam kepada Indonesia
- China Tawar Pengecualian Visa kepada 47 Negara
- China Perkenalkan "Visa ASEAN" untuk 10 Negara ASEAN, Timor-Leste
- China Laksana Dasar Pengecualian Visa untuk Lima Lagi Negara
- Pelancong Antarabangsa Dorong Lonjakan Beli-belah di China
- China Laksanakan Dasar Pengecualian Visa kepada Lima Negara LAC