Perjanjian Bebas Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

(CRI)Khamis 17 Julai 2025

Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia berkuat kuasa secara rasmi mulai hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara sempena lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia, pada 16 April lalu.

Menurut perjanjian berkenaan, warga China yang memegang pasport urusan awam dan pasport biasa, serta warga Malaysia yang memegang pasport biasa boleh membuat lawatan atau transit ke negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan.

Kemudahan bebas visa itu ditawarkan untuk tujuan pelancongan, lawatan keluarga dan sahabat, urusan perniagaan, program pertukaran, urusan peribadi, rawatan perubatan, dan pengangkutan antarabangsa (anak kapal).

Menurut perjanjian itu, tempoh tinggal secara terkumpul tidak boleh melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari.

Sebelum ini, China telah melaksanakan dasar pengecualian visa 30 hari secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia mulai 1 Disember 2023.

Data statistik Malaysia pula menunjukkan, dalam tempoh pelaksanaan dasar tersebut, bilangan pelancong China yang melawat Malaysia mencecah 3.8 juta pada 2024, menjadikan China sumber pelancong terbesar bagi Malaysia dari luar ASEAN.

Buat masa ini, China telah menandatangani perjanjian pengecualian visa bersama dengan 158 negara.

Video

Berita Berkaitan