- Lain-lain
Pelancaran Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-10 Berjaya Dilaksanakan

Roket pembawa Long March-7 Y11 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou-10 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, selatan China pada pukul 8:14 pagi tadi, dan kira-kira 10 minit kemudian, kapal kargo Tianzhou-10 berjaya berpisah daripada roket dan memasuki orbit yang disasarkan. Selepas itu, panel solar yang terpasang pada kapal angkasa tersebut mengembang dengan lancar, menandakan kejayaan penuh misi pelancaran ini.
Menurut penerangan dari Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China, pada peringkat seterusnya, kapal kargo Tianzhou-10 akan bertemu dan bercantum dengan Stesen Angkasa China yang yang terdiri daripada beberapa komponen yang beroperasi di orbit.
Muatan Tianzhou-10 merangkumi satu sut angkasawan untuk kegunaan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta bekalan keperluan harian untuk angkasawan yang bertugas di stesen angkasa, bahan pendorong, peralatan untuk ujian (eksperimen) serta bahan-bahan aplikasi.

Misi ini merupakan misi pembekalan kargo ke-5 selepas projek kejuruteraan angkasa lepas bermanusia negara ini memasuki fasa aplikasi dan pembangunan stesen angkasa, dan juga misi pelancaran ke-39 sejak projek ini diluluskan dan dilaksanakan, sekali gus penerbangan ke-641 yang diselesaikan roket pembawa siri Long March.
- Tianzhou-9 Masuk Semula Atmosfera Secara Terkawal
- Kapal Kargo Tianzhou-8 China Bersedia Untuk Dilancarkan
- Tianzhou-7 Hantar Barang Perayaan ke Stesen Angkasa
- Kapal Tianzhou-7 Bercantum dengan Stesen Angkasa Tiangong
- Kapal Kargo Tianzhou-7 Diangkut ke Tempat Pelancaran
- Dron Kargo Hibrid China Selesai Penerbangan Sulung
- Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Angkasa 8K China Diadakan di London
- China Buka 20 Laluan Kargo Udara Antarabangsa Baharu pada Julai
- China Bersedia Lancarkan Kapal Angkasa Berawak
- Stesen Angkasa China Dihuni Angkasawan 731 Hari
- Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-7 Bersiap untuk Dilancarkan




