Cubaan Lai Takkan Ubah Fakta Taiwan Sebahagian Wilayah China - MFA

(CRI)Khamis 14 Mei 2026

China mendesak pihak terbabit supaya mematuhi prinsip satu China dan tidak menyediakan sebarang platform kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.

Gesaan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun susulan laporan bahawa Lai Ching-te menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Demokrasi Copenhagen 2026 di Denmarkmenerusi rakaman video.

Guo berkata sidang berkenaan penuh dengan prasangka ideologi dan membolehkan pemisah 'kemerdekaan Taiwan' menyebarkan kenyataan berniat jahat.

China membantah keras kerana tindakan tersebut melanggar prinsip satu China.

Sebarang cubaan Lai takkan mengubah fakta dari segi sejarah dan undang-undang bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah China, dan juga mustahil menggoyahkan komitmen masyarakat antarabangsa menjunjung prinsip satu China, ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan