- Lain-lain
Pandangan Satu Pihak AS Takkan Goyangkan Prinsip "Satu China"
Pandangan satu pihak oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan menggugat pendirian global terhadap prinsip "Satu China" yang merupakan konsensus sejagat komuniti antarabangsa.
Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Rabu sebagai respon terhadap kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS bahawa Deklarasi Kaherah dan Pengisytiharan Postdam tidak menentukan "status politik muktamad" Taiwan.
Amerika juga menuduh China "memutarbelitkan" dokumen era Perang Dunia Kedua bagi menyokong tindakan "memaksa" terhadap Taiwan.
Lin berkata, pengembalian Taiwan kepada China adalah sebahagian penting daripada kemenangan Perang Dunia Kedua dan asas kepada susunan antarabangsa pasca perang.
Deklarasi Kaherah yang dikeluarkan China, Britain dan AS pada 1943 jelas menyatakan bahawa Taiwan yang dirampas Jepun, mesti dikembalikan kepada China.
Manakala Pengisytiharan Potsdam yang dikeluarkan China, AS, Britain dan bekas Kesatuan Soviet pada tahun 1945 menegaskan, "syarat dalam Deklarasi Kaherah mesti dilaksanakan".
Pada tahun yang sama, Jepun menandatangani Instrumen Penyerahan dan berikrar mematuhi semua syarat dalam Pengisytiharan Postdam.
Hakikatnya dokumen-dokumen ini mengikat secara sah di peringkat antarabangsa dan telah mengiktiraf kedaulatan China ke atas Taiwan.
"Siapa dan kuasa apa pun tidak akan menghalang penyatuan semula China yang akan dan mesti berlaku," tambah Lin lagi.
- Menteri Luar China Tegaskan Pemeliharaan Orde Antarabangsa Pasca Perang, Penyatuan Semula China
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- G7 Diseru Junjung Prinsip Satu China
- China Bantah 'Transit' Tsai Ing-wen di AS
- Berdegil Temu Tsai Ing-wen, Speaker Dewan Perwakilan AS Dibidas
- AS Sepatutnya Bertindak Sehaluan dengan China, Pulihkan Hubungan Sihat
- Prinsip Satu China Tidak Boleh Digoyahkan
- China, Rusia Komited Saling Menyokong dalam Isu Kepentingan Teras