- Lain-lain
China, UNESCO Tandatangan MoU Peningkatan Kerjasama Strategik

China dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Peningkatan Kerjasama Strategik di sini Rabu.
MoU yang terdiri daripada 5 bahagian itu menetapkan bahawa China dan UNESCO akan secara aktif menggalakkan kerjasama dalam bidang yang substantif, bersama-sama mengamalkan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Tamadun Global, dan Inisiatif Tadbir Urus Global yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping, di samping melakukan usaha mendorong pertukaran dan pembelajaran antara tamadun berlainan serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Menurut MoU tersebut, agenda utama kerjasama antara kedua-dua pihak dari tahun 2026 hingga 2029 melibatkan "Afrika", "Kesaksamaan Gender", "Golongan Belia sebagai Kelompok Keutamaan" dan "Negara-negara Pulau Kecil yang Membangun".
Kedua-dua pihak akan terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang substantif seperti transformasi pendigitalan pendidikan, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pendidikan perguruan, pendidikan vokasional, pendidikan tinggi, penyelidikan sains asas, sains terbuka, kecerdasan buatan(AI), kerjasama tadbir urus sains dan teknologi global, Dekad Antarabangsa Sains untuk Pembangunan Mampan, program sains besar antarabangsa, mendorong dialog, pembelajaran dan pertukaran antara budaya serta tamadun yang berlainan, warisan dunia, warisan budaya tidak ketara, perlindungan kepelbagaian budaya, Program Maklumat Kemasyarakatan, Ingatan Dunia dan etika kerja warga media.
Kedua-dua pihak juga menandatangani Perjanjian Dana Amanah China untuk Memperkukuh Pembinaan Kapasiti Pelaksanaan Konvensyen Warisan Dunia di Afrika dan Rantau Asia-Pasifik.
- Peng Liyuan Bertemu Ketua Pengarah UNESCO
- Xi Bertemu Ketua Pengarah UNESCO
- Quanzhou, Wuxi Kini Sebahagian Daripada Jaringan Bandar Kreatif UNESCO
- Institut Pendidikan STEM UNESCO Berakar di Shanghai
- Makam Diraja Xixia China Diiktiraf Tapak Warisan UNESCO
- UNESCO, China Anjur Simposium Rai Hari Dialog Sesama Tamadun
- China Dipilih sebagai Pengerusi Persidangan Negara Pihak Konvensyen UNESCO 1970
- Presiden Xi Tekankan Peri Penting Pemeliharaan Warisan Alam Semula Jadi dan Kebudayaan di Fujian
- Dua Tapak Taman Geologi China Masuki Senarai UNESCO
- Peng Liyuan Ucap Tahniah kepada Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita UNESCO




