- Lain-lain
68 Laluan Baharu Penerbangan Kargo Antarabangsa Dibuka China Empat Bulan Pertama 2026
Terdapat 68 laluan baharu untuk penerbangan kargo antarabangsa yang dibuka China pada empat bulan pertama tahun 2026 termasuk 21 laluan yang dibuka pada bulan April.
Sementara itu, terdapat lebih 160 penerbangan pergi balik yang baru ditambah untuk operasi setiap minggu dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2026.
Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) memaklumkan, jika dilihat dari segi lokasi, terdapat 30 laluan penerbangan kargo yang menjangkau ke Eropah, 27 laluan ke Asia, 9 ke Amerika Utara, 1 ke Amerika Selatan dan 1 ke Afrika.
Jika dilihat dari segi komponen muatan, kebanyakan kargo merupakan barangan e-dagang rentas sempadan, barangan industri pembuatan berteknologi tinggi, barangan bernilai tambah tinggi dan barangan segar.
Ketua Ahli Ekonomi CFLP, Cui Zhongfu berkata, perkembangan pesat laluan penerbangan kargo antarabangsa China sejak tahun lepas, kekal stabil dalam tempoh dari Januari hingga April tahun ini, yang mencerminkan bahawa jaringan akses China ke landskap dunia semakin lengkap, dan rantaian bekalan China pula menjadi semakin akomodatif.
- Rel China-Laos Angkut Lebih 80 Juta Tan Kargo
- Haikou Buka Laluan Pengangkutan Kargo Udara ke Kuala Lumpur
- Hantaran Barangan Melalui Pintu Alashankou Cecah 3.9 Juta Tan Sejak Awal 2026
- Rel China-Laos Kendali Lebih 18 Juta Tan Kargo Rentas Sempadan
- Hantaran Barangan Melalui Alashankou Naik 11.4 Peratus pada Jan 2026
- Dron Kargo Hibrid China Selesai Penerbangan Sulung
- China Tambah 50% Lebih Laluan Pengangkutan Kargo Udara Antarabangsa
- China Buka 20 Laluan Kargo Udara Antarabangsa Baharu pada Julai
- Hantaran Kargo Dikendali Rel China Catat 1.641 Bilion Tan
- Penghantaran Kargo Kereta Api Xinjiang Cecah 100 Juta Tan




