- Lain-lain
Haikou Buka Laluan Pengangkutan Kargo Udara ke Kuala Lumpur

Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou membuka dua laluan pengangkutan kargo udara ke Ho Chi Minh dan Kuala Lumpur masing-masingpada Isnin dan Selasa.
Pembukaan kedua-dua laluan itu akan meningkatkan lagi pengangkutan kargo antarabangsa antara Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dengan negara-negara Asia Tenggara.
Penerbangan antara Haikou dengan Kuala Lumpur dikendalikan oleh syarikat Tianjin Air Cargo dengan kekerapan enam kali seminggu.

Pembukaan penerbangan ini akan membawa masuk lebih banyak buah-buahan tropika, hasil akuatik premium serta barangan perdagangan biasa dari Malaysia, sekali gus meningkatkan kecekapan pengangkutan antara Hainan dan Malaysia.
Untuk rekod, Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou kini mengendalikan enam laluan kargo antarabangsa, meliputi bandar-bandar di Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara.
Menurut statistik, dari awal tahun ini hingga 16 Mac, jumlah pengendalian kargo dan mel antarabangsa di Lapangan Terbang Meilan Haikou mencatat kira-kira 5,887 tan metrik, menokok 70 peratus dari tahun ke tahun.
- Hantaran Barangan Melalui Pintu Alashankou Cecah 3.9 Juta Tan Sejak Awal 2026
- Rel China-Laos Kendali Lebih 18 Juta Tan Kargo Rentas Sempadan
- Hantaran Barangan Melalui Alashankou Naik 11.4 Peratus pada Jan 2026
- Kerjasama Robotik Malaysia-China, Pacu Daya Saing Industri Serantau
- Jambatan Batang Lupar di Sarawak Siap Disambung, Satu Lagi Projek Kerjasama China-Malaysia
- Panda, Lambang Hubungan Malaysia-China
- "Teater Panda" sempena Musim Tayangan Program China Dilancarkan di Malaysia
- Hampir 20,000 Syarikat Bertapak di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia
- Laluan Udara Kargo Baharu Hubungkan Jiangsu, Kuala Lumpur
- China, Malaysia Capai Sejumlah Konsensus Mengenai Kerjasama Maritim




