Xi, Putin Utus Tahniah Perasmian Ekspo China-Rusia ke-10

(CRI)Ahad 17 Mei 2026

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin masing-masing mengutus surat tahniah sempena perasmian Ekspo China-Rusia edisi ke-10 di Harbin, provinsi Heilongjiang pada Ahad.

Xi menyuarakan harapan agar acara itu dapat membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama pragmatik dalam segenap aspek, memajukan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, sekali gus membuat sumbangan baharu bagi memantapkan perkongsian penyelarasan strategik menyeluruh China-Rusia pada era baharu.

Sementara itu, Putin menyifatkan ekspo berkenaan menyediakan platform kepada kedua-dua pihak untuk melakukan dialog secara langsung dan mendalam.

Beliau yakin bahawa acara tersebut akan mencapai hasil positif, khususnya menggariskan pelan untuk prospek baharu kerjasama saling untung demi limpahan manfaat rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan