- Lain-lain
China, Rusia Sedia Tingkatkan Hubungan Dua Hala

China komited untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin tertinggi China dan Rusia, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan strategik serta bersama-sama menggalakkan hubungan China-Rusia mencapai kemajuan pada tahun baharu ini.
Demikian menurut anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi ketika menerima kunjungan Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Sergei Shoigu di Beijing pada Ahad.

Wang Yi yang juga Ketua Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC, dan Menteri Luar China berkata, China dan Rusia merupakan negara jiran dan rakan kongsi strategik komprehensif untuk koordinasi pada era baharu, adalah wajar untuk mengekalkan komunikasi rapat mengenai isu-isu yang berkait dengan hubungan dua hala, saling menyokong dalam isu-isu yang menjadi kepentingan teras kedua-dua negara, selain memelihara kepentingan masing-masing dan kepentingan bersama.
Sementara itu, Shoigu berkata, Rusia berpegang teguh kepada prinsip satu China, memantau rapat tindakan kuasa-kuasa tertentu yang cuba menjejaskan kestabilan di Selat Taiwan dan menentang dengan tegas usaha Jepun untuk mempercepatkan kebangkitan semula militerisme.
Beliau berkata Rusia bersedia meningkatkan sokongan dengan China, memperkukuh kerjasama dua hala, menggalakkan pembinaan multipolarisasi yang lebih adil dan rasional serta pembentukan rangka keselamatan Eurasia.
- Xi, Putin Bertukar Ucapan Tahun Baharu 2026
- Forum Media China-Rusia Ke-6 Diadakan di Beijing
- China, Rusia Adakan Latihan Pertahanan Peluru Berpandu Bersama
- Wang Yi Bertemu Sergei Lavrov di Moscow
- China, Rusia Kukuhkan Komunikasi dalam bidang Keselamatan Strategik
- Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia ke-7 Diadakan di Beijing
- Xi Jinping Ucap Tahniah kepada Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia
- PM Li Bertemu Putin di Moscow
- Pertemuan PM China-Rusia di Moscow bagi Perkukuh Kerjasama
- Xi Temui Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin




