Xi, Putin Bertukar Ucapan Tahun Baharu 2026

(CRI)Rabu 31 Disember 2025

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin saling bertukar ucapan tahun baharu 2026 pada Rabu.

Xi berkata, tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-30 perkongsian koordinasi strategik China-Rusia serta ulang tahun ke-25 perjanjian kejiranan baik dan kerjasama muhibah antara kedua-dua negara.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk mengekalkan pertukaran rapat dengan Presiden Putin dan bersama-sama memacu kemajuan dalam hubungan bilateral pada era baharu.

Sementara itu, Putin berkata dasar bebas visa yang dilaksanakan kedua-dua negara telah merancakkan pergerakan rakyat.

Beliau juga komited untuk meneruskan komunikasi dengan Presiden Xi mengenai hubungan dua hala serta isu-isu utama antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan