- Lain-lain
Industri Teh Hitam Qimen Jalani Penaiktarafan Digital

Foto dron menunjukkan pekerja sedang memeriksa peralatan pemantauan makhluk perosak pintar di sebuah kebun teh demonstrasi ekologi di kaunti Qimen, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China, 16 Mei 2026. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)
Tahun-tahun kebelakangan ini, kaunti Qimen di bandar Huangshan yang terkenal kerana teh hitam telah menjalankan penaiftarafan digital terhadap industri teh tempatan.
Sebagai sebahagian usaha tersebut, sensor pintar telah dipasang di kebun-kebun teh untuk memantau perubahan cuaca dan kelembapan tanah dalam masa nyata sementara sistem pengairan perenjis membekalkan air secukupnya, membolehkan pengurusan dijalankan dengan lebih tepat. Kaunti itu juga telah menggunakan dron untuk membawa daun teh yang baru dipetik turun dari bukit dalam masa beberapa minit, inovasi yang menambah kecekapan pengangkutan.
Tambahan lagi, kaunti Qimen telah menaiktarafkan seluruh rantaian pengeluaran teh hitam dengan memperkenalkan barisan pengeluaran pintar bersepadu untuk menjamin standard. Ini membantu membawa teh hitam Qimen ke seberang laut, justeru meningkatkan daya saing teh hitam China di pentas global.

Foto dron menunjukkan pekerja sedang memeriksa operasi sebuah barisan pengeluaran bersepadu pintar di kaunti Qimen, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China, 16 Mei 2026. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)

Foto dron menunjukkan sebuah dron sedang mengangkut daun teh yang baru dipetik turun dari bukit di kaunti Qimen, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China, 16 Mei 2026. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)

Foto dron menunjukkan sebuah dron sedang mengangkut daun teh yang baru dipetik turun dari bukit di kaunti Qimen, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China, 16 Mei 2026. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)

Foto dron menunjukkan sistem pengairan perenjis di sebuah kebun teh demonstrasi ekologi di kaunti Qimen, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China, 16 Mei 2026. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)

Seorang pekerja menggunakan dron untuk mengangkut daun teh yang baru dipetik di kaunti Qimen, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China, 16 Mei 2026. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)
- China Perhalusi Pelaksanaan Strategi Pendidikan Digital, Berkongsi Sumber dengan Dunia
- Mesyuarat Ketua Perunding Pusingan Ke-10 DEPA di Seoul Bincang Permohonan Keanggotaan China
- Sidang Kemuncak Digital China Ke-9 Buka Tirai di Fuzhou
- Petani, Syarikat Sibuk Tuai, Proses Daun Teh Musim Bunga
- Teknologi Bantu Penanaman Padi, Dorong Kemajuan Desa di Hainan
- Musim Petik Teh di Gunung Jingmai
- Petani Sibuk Petik Daun Teh
- Kebun Teh di Wuyi Masuk Musim Menuai
- Orang Ramai Tonton Pertunjukan Dron di Dunhuang
- Industri Rantaian Lengkap Teh di China Dijangka Cecah RMB1.5 Trilion Menjelang 2030




